TIPS UNTUK MEMILIH SUPLEMEN YANG BERMUTU TINGGI

Assalamualaikum semua :).

Di sini, saya ingin berkongsi kepada anda tips untuk memilih suplemen yang bermutu tinggi untuk keperluan harian anda.

20190601_010243[1]

 

Antara soalan-soalan yang perlu anda ambil tahu :

Adakah produk nutrisi yang anda ambil menjalani ujian kualiti ke atas bahan-bahan mereka?

Suplemen terbaik akan mempunyai sebanyak 300 ujian kualiti pada setiap satu produk supplemen mereka.

Adakah produk suplemen yang anda gunakan diperbuat daripada bahan semula jadi atau sintetik?

Produk yang berkualiti tinggi adalah yang mengandungi 100% bahan semula jadi.

Adakah produk pemakanan mempunyai tarikh luput di cop pada botol?

Produk yang baik mempunyai cop tarikh luput pada botol.

Adakah produk suplemen yang anda ambil melepasi kelulusan ”ujian air”?

Ujian air di gunakan untuk memastikan kadar penyerapan berlaku dan tidak ada unsur pengikat tiruan dan pewarna.

Bagaimana untuk mengetahui mengenai ujian ini?

Anda ambil pil sampel daripada produk suplemen dan letakkan dalam segelas air. Pil harus larut menjadi longgokan serbuk dalam tempoh 20 minit.

Jika ia mengambil masa lebih lama, terdapat kebarangkalian yang sangat tinggi bahawa badan anda tidak akan dapat memecahkan dan menyerap produk tersebut. Cuba anda buat di rumah dengan pil suplemen yang anda ambil.

Adakah pengeluar suplemen mempunyai bajet penyelidikan bagi produk suplemen mereka?

Produk yang baik seharusnya mempunyai peruntukan paling kurang RM100 juta untuk setahun bagi penyelidikan untuk membangunkan dan menguji tahap keberkesanan produk mereka.

Adakah suplemen yang anda makan menjalani ujian klinikal?

Suplemen yang berkualiti tinggi harus melakukan ujian klinikal ke atas produk. Sebaiknya ujian dilakukan oleh institusi luar supaya semua keputusan dan metodologi adalah lebih saksama dan tidak berat sebelah

Adakah pengilang suplemen menerbitkan penemuan klinikal test dalam jurnal ulasan sains?

Pengeluar suplemen bukan sahaja perlu melakukan ujian klinikal bahkan mereka perlu membuktikan dalam bentuk jurnal supaya para saintis dan ahli sains boleh menilai.

Jadi, sebelum anda memilh sesuatu jenis suplemen, anda boleh mengunakan tips ini untuk memilih suplemen yang berkualiti tinggi.

Jika anda berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai suplemen Shaklee, anda boleh hubungi saya

Rakan Shaklee anda,
Sheida Syed
📲 WhatsApp/SMS : http://www.wasap.my/60126937860
📞 CALL : 012-6937860

🚗 COD : Petaling Jaya, Subang, USJ, Kelana Jaya, Shah Alam
📮POSLAJU Seluruh 🇲🇾
👥 FREE consultation

Leave a comment

Create a free website or blog at WordPress.com.

Up ↑